Arab Saudi Dilapor Temui Tapak Baharu Deposit Emas & Tembaga Di Wilayah Madinah

Kajian Geologi Saudi (SGS) mengumumkan bahawa Arab Saudi telah menemui tapak baharu bagi deposit emas dan bijih tembaga di Wilayah Madinah, lapor Saudi Gazette.

Difahamkan, SGS yang diwakili oleh Pusat Ukur dan Eksplorasi Mineral menemui tapak itu di sempadan Aba Al-Raha, perisai Umm Al-Barrak Hejaz, di wilayah Madinah.

Manakala, sebanyak empat tapak lokasi bijih tembaga pula berjaya ditemukan di kawasan Al-Madiq di wilayah Wadi Al-Faraa di Madinah.

Penemuan tersebut dikatakan bakal menyumbang kepada kemasukan pelabur tempatan dan antarabangsa dalam sektor perlombongan yang dijangka terus berkembang maju.

Advertisement

Perkara itu turut mempercepatkan kadar pelaburan perlombongan dan menyokong Wawasan Kerajaan 2030 serta ekonomi Arab Saudi.

Menurut Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral, terdapat 13 pembida yang layak untuk mendapatkan Lesen Ekplorasi Umm Al-Damar pada bulan lalu.

Bagaimanapun, mereka perlu mengemukakan cadangan pada bulan Oktober 2022 terlebih dahulu berhubung tapak yang mempunyai nilai pelaburan sebanyak RM2.4 bilion.

Lokasi tersebut dijangka membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 4,000 orang, lapor sebuah risalah di portal kementerian perlombongan itu.

Tapak Umm Al- Damar meliputi kawasan seluas lebih 40 kilometer persegi itu menjadi lokasi sumber galian seperti tembaga, zink, emas, dan perak.

Advertisement

Untuk makluman, pengeluaran tahunan bahan tembaga dan zink oleh Arab Saudi mencapai 68,000 tan, manakala bijih fosfat pula mencapai berat kira-kira 24.6 juta untuk diproses bagi menghasilkan sekitar 5.26 juta tan baja fosfat.

Ia menjadikan Arab Saudi sebagai lima negara teratas pengeluar baja fosfat.

Sumber: Saudi Gazette/SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

13 mins ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

2 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

4 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

5 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

7 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

7 days ago