Connect with us

Kemalangan

Inap Desa Dihempap Pokok Tumbang, 11 Penghuni Berdepan Detik Cemas

MELAKA, 18 Sept (Bernama) — Sebelas ahli keluarga berdepan detik mendebarkan apabila inap desa yang dihuni mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku di sini pukul 4 pagi tadi.

Mohd Syafiq Hamdan, 35, yang datang dari Johor Bahru untuk menziarahi ahli keluarga yang sakit berkata beliau tiba ke Homestay Seri Telok Mas itu pada 4 petang semalam.

“Pada mulanya saya ingat orang ketuk pintu sebab sebelum itu memang angin kuat berserta guruh dan hujan lebat sekitar 3.30 pagi. Saya keluar untuk lihat keadaan tapi tiada apa-apa.

“Tapi tidak lama kemudian, sekitar 4 pagi, saya dengar dentuman kuat dari atas. Rupanya sebatang pokok tumbang dan menghempap bumbung depan termasuk garaj,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Seri Telok Mas, di sini hari ini.

Advertisement

Mohd Syafiq berkata beliau bersyukur tiada kecederaan atau kerosakan yang dialami oleh ahli keluarganya kecuali cermin sisi kereta seorang daripada ahli keluarganya pecah.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Mohamad Rizuan Zainal Abidin, 39, berkata beliau yang ketika itu sudah bangun untuk menyiapkan keperluan meniaganya, reda dengan kejadian itu dan bersyukur kerana isteri dan empat anaknya selamat.

“Selain bahagian garaj dan ruang tamu terjejas, kereta juga rosak akibat terkena ranting dan dahan pokok yang patah,” katanya yang menyewa rumah di kawasan itu lebih setahun lepas.

Dalam kejadian 4 pagi pagi tadi, sebanyak empat rumah termasuk sebuah inap desa melibatkan lima keluarga dengan 20 penghuni di Taman Seri Telok Mas terjejas teruk apabila dihempap pokok yang tumbang akibat hujan lebat dan ribut.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera manakala kerja-kerja membersihkan sedang giat dijalankan termasuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang menggunakan kren sementara kerugian masih tidak dapat dipastikan.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel