Connect with us

Kemalangan

Nelayan Hilang Dalam Insiden Bot Karam Semalam Ditemui Lemas

LUMUT, 18 Sept (Bernama) — Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya karam di perairan Bagan Lipas semalam ditemukan lemas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak Kapten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata mayat lelaki itu ditemukan terapung pada kira-kira pukul 11.30 pagi oleh nelayan setempat.

“Kita telah terima laporan insiden bot karam pagi semalam pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut perairan Bagan Lipas dan telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat).

“Operasi yang bersambung hari ini berjaya menemukan mangsa dan Op Carilamat telah ditamatkan 12.40 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata mangsa berusia 56 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang bekerja sebagai nelayan sebuah syarikat perikanan dekat Hutan Melintang.

Katanya dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu, bot nelayan dinaiki tiga lelaki dimasuki air dan ketiga-tiga mereka terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.

Dua daripada mereka yang merupakan warga Indonesia sempat mencapai tong air untuk terapung manakala mangsa gagal menyelamatkan diri dan dihanyutkan arus deras.

Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Op Carilamat dan Bot Petir 83 daripada MN Selangor telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan penugasan operasi.

Beliau berkata Op Carilamat turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut, Balai Polis Rungkup dan Komander Operasi Komponen Maritim (MCOC).

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri dalam kenyataan berkata bot terbabit dikatakan berlabuh di muara Bagan Lipas bagi tujuan rehat sebelum kembali ke pelantar di Hutan Melintang.

“Mereka keluar menangkap ikan pada 13 Sept lepas di lima batu nautika dari kawasan pelantar dan bot mereka tenggelam sekitar pukul 3 pagi.

“Operasi menyelamat telah dilakukan pada hari sama pada 12 tengah hari namun terpaksa memberhentikan operasi pada 7 malam akibat cuaca gelap sebelum disambung hari ini,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan tersangkut pada tiang sebuah kelong di Muara Sungai Bagan Lipas dan mayat telah dikenal pasti oleh waris mangsa sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Sumber: Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel