Connect with us

Jenayah

Jadikan 2 anak sebagai hamba seks sejak 7 tahun lalu, Bapa mengaku bersalah atas 28 pertuduhan

Seorang bapa yang menjadikan dua anak perempuannya berusia 15 dan 19 tahun sebagai tempat melampias nafsu sejak tujuh tahun lalu membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Tertuduh berusia 56 tahun mengaku bersalah ke atas 28 pertuduhan itu di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Semasa disoal Hakim Nariman beberapa kali sama ada tertuduh memahami pertuduhan dan hukuman yang bakal diterimanya termasuk 10 sebatan wajib bagi setiap pertuduhan merogol walaupun usianya melebihi 50 tahun, tertuduh menyatakan dia faham dan tetap mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-13, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya yang kini berusia 19 tahun antara 24 September 2015 hingga 31 Disember 2018 pada masa berbeza di rumah mereka.

Advertisement

Bagi pertuduhan ke-14 hingga ke-28, tertuduh didakwa atas lapan pertuduhan merogol anak kedua yang kini berusia 15 tahun, 5 pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek terhadap mangsa tanpa kebenarannya dan masing-masing satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di tempat yang sama, pada tarikh dan masa berlainan antara 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Untuk kesalahan merogol, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan objek ke bahagian sulit mangsa dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebatan.

Kesalahan amang seksual fizikal pula didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibaca bersama seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Advertisement

Bagi kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii, bapa kepada lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan ketakutan terhadap isterinya berusia 47 tahun dengan mengatakan mahu membunuhnya dan anak-anak di tempat sama, pada 5 September lalu, kira-kira jam 11 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 506 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya (mendatangkan ketakutan) dan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali (ugutan bunuh).

Hakim Nariman dan Majistret Mazana Sinin bagaimanapun menangguhkan esok untuk fakta dan hukuman terhadap tertuduh selepas dipohon Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari dan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob yang menjalankan pendakwaan berasingan bagi menyediakan fakta kes.

Terdahulu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi semua 29 pertuduhan sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Advertisement

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan mahkamah dia tiada wang untuk membayar ikat jaminan selain menghidap pelbagai penyakit termasuk, sakit kulit kronik, sakit jantung, diabetes dan darah tinggi.

Berikutan tidak mampu membayar ikat jamin, tertuduh yang beristeri dua itu kemudiannya ditahan polis sementara menunggu keputusan hukuman esok.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel