Connect with us

Kemalangan

Pemandu Maut Tercampak Dari Treler Terbabas Berhampiran Terowong Menora

IPOH, 19 Sept (Bernama) — Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.

“Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan.

Menurutnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.

Advertisement

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 7.38 pagi.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel