Connect with us

Jenayah

Sembilan Pelajar Mengaku Tak Bersalah Sepak & Tumbuk Rakan

KEMAMAN, 19 Sept (Bernama) — Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah menengah berasrama didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tiga rakan mereka bulan lepas.

Kesemua mereka berumur 16 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dengan menumbuk dan menyepak ketiga-tiga mangsa yang berusia 15 tahun di asrama sekolah tersebut pada 11.30 malam, 23 Ogos lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim.

Advertisement

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,000 hingga RM5,500 setiap seorang dan menetapkan 12 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel