Connect with us

Kemalangan

Lelaki Maut Tersepit Selepas Kereta Terbalik Rempuh Pembahagi Jalan

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kereta yang dipandu oleh beliau terbabas dan seterusnya melanggar pembahagi jalan hingga terbalik di kilometer 86.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), Ayer Hitam pada Isnin, 19 September 2022.

Memetik laporan Sinar Harian, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ramli Said berkata, pada jam 12.19 pihak Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima satu panggilan kecemasan berkaitan tragedi tersebut.

Susulan dari panggilan tersebut, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira. Mangsa yang merupakan seorang lelaki, R Karthig berusia 37 Tahun didapati tersepit di bahagian pemandu.

Advertisement

“PGO Negeri Johor PKO bertindak menggunakan ‘rescue cutter’ bagi mengeluarkan mangsa. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian/SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel