Connect with us

Pilihan Editor

PETRONAS Naikkan Dua Kategori Elaun Pelajar Bawah Tajaannya – PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — PETRONAS akan menaikkan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan mereka, melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kategori pertama melibatkan kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500, untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.

Kategori kedua pula melibatkan pelajar yang baru menerima penajaan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP), di mana elaun induksi akan dinaikkan daripada RM4,500 kepada RM 5,000.

“Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi, dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa, seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Advertisement

“Tajaan ini diharap dapat mendorong anda mengorak melangkah lebih jauh untuk menggapai cita-cita dan pulang dengan kejayaan, serta seterusnya menabur bakti kepada industri dan negara yang tercinta,” kata Perdana Menteri pada majlis penyampaian anugerah PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel