Connect with us
MakesScents Perfume

Global

Beri Alasan Anaknya Pukul Anak Jiran, Bapa Tergamak Belasah Hingga Semua Giginya Patah & Campak Mayat Dalam Sungai

THAILAND – Seorang bapa di utara Thailand bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa memukul anaknya sendiri sampai mati.

Menurut laporan polis, suspek berusia 33 tahun itu mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun sebelum membuang mayat mangsa ke dalam Sungai Ping di wilayah Kamphaeng Phet.

Pihak polis bertindak menyoal siasat suspek selepas menerima laporan bahawa anak lelakinya telah hilang semalam.

Namun semasa disoal siasat, suspek sebak dan mengaku dia memukul anaknya selepas dapat tahu anaknya memukul anak jiran lain pada malam Sabtu.

Advertisement

Tambahan lagi, dia juga turut mengaku bahawa dia dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Menurutnya, pada pagi Ahad anaknya sudah tidak bernafas lantas dia membawanya menaiki motosikal dan membuangnya ke dalam Sungai Ping.

Suspek membawa pasukan penyelamat Sawang Khlong Khung dan polis ke kaki Jambatan Khlong Khlung lama untuk mencari mayat.

Kira-kira 30 orang anggota penyelamat terlibat dalam pencarian mangsa dan berjaya menjumpai mayat mangsa selepas dua jam.

Dilaporkan, mereka menemui mayat kanak-kanak itu terapung dalam keadaan semua giginya patah.

Advertisement

Pol Kol Anek Chansorn, Timbalan Ketua Polis Kamphaeng Phet, mendedahkan bahawa siasatan lanjut menunjukkan motif serangan tersebut berlaku kerana suspek kecewa selepas bekas isterinya telah mempunyai kekasih baru.

Dalam kenyataan suspek sebelum ini, mangsa menyatakan dia memukul anaknya kerana budak lelaki itu memukul kanak-kanak yang lain.

Di bawah undang-undang Thailand, Seksyen 290, pembunuhan, sesiapa yang menyebabkan kematian kepada orang lain dengan mendatangkan kecederaan ke atas badan orang itu tanpa niat untuk menyebabkan kematian, hendaklah dihukum penjara tiga hingga 15 tahun.

Bagaimanapun, jika kesalahan itu dilakukan di bawah mana-mana keadaan yang disebut dalam Seksyen 289, pembunuhan, pesalah itu hendaklah dihukum penjara tiga hingga 20 tahun atau berdepan hukuman mati.

Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Advertisement

Sumber : The Thaiger/SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement MakesScents Perfume

Join our Telegram Channel