Connect with us

Kemalangan

Detik Cemas Pemandu Sempat Terjun keluar Selepas Lori Hilang Kawalan Rempuh Tiang ‘Flyover’

Tular di media sosial hari ini satu video memaparkan detik cemas seorang pemandu lori membuat keputusan terjun keluar dari pintu dalam satu kejadian dipercayai di Klang hari ini.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu yang dimuat naik di TikTok Shahir Muhammad Shah, pada awalnya kelihatan sebuah lori dari arah bertentangan (dari kamera perakam) dipercayai bergerak dalam keadaan tidak terkawal.

Bagaimanapun lori yang disyaki hilang kawalan itu bergerak di belah kiri jalan dalam keadaan laju menuju ke arah sebatang tiang jejambat yang berada tidak jauh dari laluannya.

Disebabkan lori tersebut yang bergerak laju dipercayai tidak dapat dihentikan, pemandunya membuat keputusan drastik dengan keluar dari pintu dan terjun ke arah jalan untuk menyelamatkan diri.

Advertisement

Hasil tindakan pantasnya, pemandu tersebut sempat ‘mendarat’ ke jalan dengan selamat manakala lori berkenaan sudah jauh ke depan dan merempuh tiang jejambat itu.

Berdasarkan video itu lagi, pemandu tersebut dilihat mampu bangun semula dan berjalan ke arah tepi jalan, dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan berat.

Walau bagaimanapun lori tersebut kelihatan mengalami kerosakan di bahagian hadapan susulan hentaman pada tiang jejambat berkenaan.

Punca kejadian serta keadaan semasa pemandu dan lori berkenaan masih belum dikenal pasti lagi setakat ini.

Sementara itu, kejadian tersebut menarik perhatian warga net ekoran keputusan drastik yang ditunjukkan pemandu membuatkan orang ramai kagum dengan tindakannya.

Advertisement

Meninjau di ruangan komentar, rata-rata orang awam meluahkan rasa risau akan keadaan yang berlaku serta memuji tindakan pemandu lori.

“Syabas drebar dia. Dalam situasi yang dah tak mampu buat apa-apa, terjun selamatkan diri dulu. Jika muslim, perlu buat sujud syukur. Jika tak terjun, kemungkinan besar boleh maut langgar gitu,” kata salah seorang yang memberi komen.

“Alhamdulilah, sekurang-kurangnya dia elak dari langgar orang atau kenderaan lain,” ujar orang awam.

Kejadian yang berlaku turut membuka mata orang ramai untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini orang ramai perlu membuat pemeriksaan kendiri terhadap kenderaan masing-masing.

Advertisement

Sumber: Tiktok / Pak Ngah Sahir/ SiakapKeli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel