Connect with us

Hiburan

Dituduh menyalak, PU Syed Pula Bidas Baby Shima

Sebelum ni, penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan para ahli agama yang lain kerana mendiamkan diri mengenai pengajuran sebuah konsert di negeri Kelantan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Stories, Shima atau nama penuhnya Nor Ashima binti Ramli mendakwa PU Syed bersikap tidak adil kerana sering membuat bantahan terhadap konsertnya, namun berdiam diri terhadap konsert berkenaan.

Tampil menafikan dakwaan, PU Syed memaklumkan bahawa dia telah memberi teguran menerusi hantaran di laman rasmi Facebook miliknya.

Menurut PU Syed ata nama penuhnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, beliau bukanlah setiap hari mahu mencari mana tempat yang akan diadakan konsert kecuali perkara itu dimaklumkan oleh orang lain.

Advertisement

Dalam isu di Ketereh, saya telah catatkan catatan semalam semoga artis ini membacanya dengan baik supaya dia juga boleh mematuhinya.

Jangan pula kata saya berdiam diri dan memilih-milih artis untuk ditegur.
Dalam pada itu, Syed turut tidak ketinggalan menitip pesanan buat penyanyi lagu Baby Sayang itu jika dia sudah sedar bahawa cara pembawakan diri dalam persembahan adalah tidak senonoh dan melanggar syariat Islam maka berubahlah dengan segera.

Sumber: Beautiful Nara

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel