Connect with us

Global

Guru ditahan polis selepas letak cecair peluntur dalam makanan murid untuk balas dendam

Seorang guru sekolah rendah di Fujimi, Saitama, Jepun, telah ditahan polis kerana meletakkan bahan peluntur dalam hidangan tengah hari murid sekolah berkenaan.

Suspek, Ayana Hanzawa, 24, guru sekolah di Sekolah Rendah Mizutani-Higashi, telah ditahan polis pada 15 September lalu atas perbuatan khianatnya itu.

Menurut sumber, Ayana mengajar di sekolah itu sejak 2020. Baru-baru ini dia ditukar menjadi guru kelas bagi kelas lain pada April, sedangkan dia mahu kekal dengan kelas sebelumnya.

Suspek tidak berpuas hati lalu menyimpan dendam dan bertindak mencampurkan bahan peluntur dalam hidangan makanan tengah hari murid.

Advertisement

Sumber dari pegawai sekolah berkata, hidangan kari yang dicampur dengan bahan peluntur itu hendak dihidang kepada murid-murid di kelas baharunya.

Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa murid menyedari makanan tersebut berbau pelik lalu memaklumkan kepada guru.

Pihak berkuasa kemudian mengambil sampel makanan tersebut untuk dianalisis dan keputusannya mendapati, ia mengandungi bahan peluntur klorin.

Siasatan polis mendapati, Ayana sebelum itu membeli peluntur tersebut dari farmasi berdekatan.

Semasa disoal siasat, Ayana mengakui telah mencampur bahan peluntur itu dalam hidangan tersebut. Dia mengakui kesal dan memohon maaf di atas perbuatannya itu.

Advertisement

Suspek akan didakwa atas dakwaan melakukan khianat terhadap institusi pendidikan itu.

Sumber: Kyodo News

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel