Connect with us

Global

Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap

SEOUL – Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Do Kwon iaitu pengasas kepada matawang kripto, Terra selepas individu terbabit enggan bekerjasama berhubung siasatan terhadap wang berjumlah AS$40 bilion (RM182.3 bilion) yang lesap selepas Terra runtuh.

Seorang pegawai daripada Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul memberitahu, AFP hari ini bahawa mereka telah meminta pihak berkuasa membatalkan pasport Korea Selatan Kwon dan berkata, suspek kini melarikan diri daripada undang-undang.

“Kami memulakan prosedur untuk memasukkan dia ke dalam senarai notis merah Interpol dan membatalkan pasportnya,” kata pegawai berkenaan sambil menambah, Kwon memberitahu menerusi pasukan peguamnya bahawa dia tidak akan memberi kerjasama.

Keruntuhan platform Terraform awal tahun ini menyebabkan wang pelabur-pelabur berjumlah AS$40 bilion lesap dan menggemparkan pasaran mata wang kripto dunia.

Advertisement

Sebuah mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Kwon, 32, yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke Singapura menjelang keruntuhan Terra.

Persoalan tentang lokasi keberadaan Kwon semakin panas selepas Polis Singapura menyatakan pada hujung minggu lalu bahawa suspek tidak berada di pulau itu.

Kwon yang masih aktif di laman Twitter menafikan kelmarin bahawa dia melarikan diri daripada undang-undang tetapi tidak mendedahkan lokasi persembunyiannya. – AFP

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel