Connect with us

Politik

Najib Dirawat, Dipantau Di HRC Cheras – Jabatan Penjara

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang dirawat dan dipantau lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) di sini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah merujuk Najib ke HRC pada Isnin lepas.

“Beliau akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Penjara memaklumkan pada 12 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan supaya Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau yang tidak memuaskan.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, ia selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah akta itu serta Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Layanan Terhadap Banduan (Peraturan Mandela).

“Sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara, pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga.

“Ia termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pegawai Khas Najib Muhamad Mukhlis Maghribi, dilaporkan mendakwa tekanan darah Najib berada pada tahap tinggi dan berbahaya susulan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser di dalam perutnya.

Pada 23 Ogos lepas, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Advertisement

Najib, 69, juga menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel