Connect with us

Global

Pelawak Bollywood Raju Srivastava, 58, meninggal dunia

NEW DELHI: Pelawak popular Bollywood, Raju Srivastava, meninggal dunia pada Rabu, pada usia 58 tahun.

Srivastava mengalami serangan jantung ketika bersenam di gimnasium pada 10 Ogos lepas dan dimasukkan ke Institut Sains Perubatan India (AIIMS) New Delhi.

Beliau berlakon dalam beberapa filem popular Bollywood termasuk ‘Maine Pyaar Kiya” yang mengetengahkan Salman Khan sebagai pelakon utama, dan “Baazigar” bersama bintang terkemuka Shah Rukh Khan.

Dilahirkan di bandar Kanpur di utara India, persembahan komedinya mengambarkan situasi kehidupan harian di India.

Advertisement

Dewan Undangan Negeri Uttar Pradesh bertafakur selama dua minit untuk memberi penghormatan kepada pelawak itu.

Menteri Kebudayaan India G. Kishan Reddy berkata mendiang adalah “pelakon berbakat, yang mampu membuat semua orang ketawa.” – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel