Connect with us

Terkini

Polis Kesan Pemandu Lagak Samseng Jalanan Di Bandar Tun Hussein Onn

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang pemandu lelaki disyaki terlibat dalam kes samseng jalanan apabila menghalang dan menakutkan sebuah keluarga secara jenayah di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular di Facebook menunjukkan sebuah kereta jenis Honda City bewarna merah yang dipandu seorang lelaki telah berhenti secara tiba-tiba dihadapan mangsa.

Menurutnya, tindakan suspek itu bertujuan menghalang kereta mangsa yang dipandu seorang lelaki bersama keluarganya di persimpangan lampu isyarat berhadapan Econsave, Jalan Suakasih, di sini.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tidak mengenali suspek dan telah dihalang serta dikejar supaya berhenti hingga mendatangkan bahaya.

Advertisement

“Akibat takut, mangsa terus memandu kereta meninggalkan suspek daripada bertembung semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menyeru supaya orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh memaklumkan di balai polis yang berdekatan,” ujarnya.

Sumber: KOSMO!

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel