Connect with us

Jenayah

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Pukul Anak Tiri

IPOH, 21 Sept (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul anak tirinya, selepas remaja perempuan berumur 19 tahun yang dirujuk ke Hospital Taiping akibat cedera itu membuat laporan berhubung kejadian, tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata kejadian di Parit Buntar malam Sabtu lepas itu dipercayai bermula dengan pertengkaran mulut antara remaja itu dan ibu kandungnya, sebelum suspek masuk campur dan bertindak menampar pipi sebelah kiri, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepala remaja berkenaan.

Beliau berkata susulan kejadian, remaja itu dibawa ke Hospital Parit Buntar sebelum dirujuk pula ke Hospital Taiping ekoran mengalami bengkak serta lebam di beberapa bahagian pada badan, dan suspek kemudiannya hadir menyerah diri pada hari Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” tambahnya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Advertisement

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel