Connect with us

Terkini

Sindiket Sami Palsu Berleluasa Di Pulau Pinang, Masyarakat Diminta Berwaspada

GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) — Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.

Ahli Majlis MBPP John Ooh Sin Hwa berkata terdapat aduan daripada orang awam yang mengesyaki warga asing menyamar sebagai sami untuk mengutip derma wang tunai daripada pengunjung bukan Islam demi kepentingan sendiri di pasar awam dan astaka makanan milik majlis itu.

“Sehingga kini, saya menerima 30 aduan awam secara terus dari lapangan dan melalui telefon… sebanyak sepuluh kain rentang telah disediakan untuk digantung di kawasan yang dikenal pasti mempunyai gejala sindiket sami palsu sebagai langkah mewujudkan kesedaran kepada orang awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara lokasi yang dikenal pasti ialah Pasar Awam Jelutong, Medan Selera Fisherman’s Wharf, Pasar Awam Chowrasta, Astaka Pasar Chowrasta, Astaka Sungai Pinang, Astaka Pasar Air Itam, Pasar Awam Air Itam, Astaka Lavender MBPP Sungai Ara, Pasar Awam Jalan Anson dan Pasar Awam Jalan Kuantan.

Advertisement

Katanya kain rentang itu memaparkan talian aduan MBPP, kod QR e-aduan dalam talian MBPP dan talian Persatuan Buddha Malaysia bagi mendidik serta membolehkan orang awam membuat aduan.

Beliau meminta orang awam agar berwaspada dengan sindiket ini serta menasihati orang awam memberikan makanan dan bukan wang tunai kepada sami.

Sumber: Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel