Connect with us

Politik

Tun Mahathir kata tak sesuai PRU tahun ini, perubahan cuaca bakal datangkan musibah besar

Bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata tidak sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim tengkujuh yang diramal berlaku hujung November nanti.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Gabungan Tanah Air (GTA), berkata bencana banjir yang berlaku sekarang tidak sama seperti yang berlaku pada waktu dulu.

“Sekarang ini ada perubahan cuaca. Perubahan cuaca ini memperlihatkan malapetaka yang dahsyat sampai tengelam rumah.

“Jadi kalau diadakan pilihan raya di waktu climate change, dulu tak apa, dulu bulan November ada banjir tapi tak dahsyat. Sekarang ini banjir dahsyat. Boleh jadi orang mati,” kata Tun Dr. Mahathir seperti dilapor MalaysiaGazatte.

Advertisement

Tun Dr. Mahathir yang ditemui selepas beliau menemui lebih 50 penggiat seni di Yayasan Kepimpinan Perdana dalam majlis ‘Bual bicara bersama negarawan’menyarankan supaya PRU-15 diadakan tahun hadapan.

“Boleh jadi orang tak boleh mengundi jadi habislah hak orang kerana banjir orang tak boleh mengundi, tak boleh pergi tempat mengundi. Ya, sampai tahun depan kalau perlu,” kata Dr. Mahathir.

Sumber: Malaysia Gazette

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel