Connect with us

Terkini

Disyaki terima rasuah sebuah rumah bagi projek lebuhraya, Pesara Pejabat Tanah ditahan SPRM

Seorang bekas kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah dalam projek lebuh raya pada 2005.

Menurut sumber, pesara terbabit terdahulu hadir di Pejabat SPRM Kedah pada jam 3 petang semalam untuk memberi keterangan sebelum ditahan.

“Lelaki terbabit ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan jawatannya ketika proses pengambilan tanah oleh kerajaan bagi pembinaan Projek Lebuhraya Langkawi pada 2005.

“Sebagai balasan, dia dipercayai mendapat suapan sebuah rumah di Sungai Menghulu, Langkawi, ketika masih dalam perkhidmatan,” kata sumber.

Advertisement

Namun disebab suspek yang sudah berusia mempunyai masalah kesihatan, SPRM melepaskannya dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahkan perkara itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel