Connect with us

Hiburan

‘Harap boleh berdiri tegak semula’ – Zamani

Vokalis kumpulan Slam Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51, pembedahan yang dijangka berlangsung pada November ini akan dilakukan bagi memperbetulkan urat tunjangnya.

“Alhamdulillah buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan yang baik cuma masalah utama saya sekarang ni adalah urat tunjang.

“Pembedahan ni pun dilakukan untuk nak memperbetulkan urat tunjang tu. Saya harap lepas pembedahan nanti, saya boleh berdiri tegak semula,” kata Zamani sewaktu menjadi tetamu program MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada malam tadi.

Advertisement

Dalam pada itu, Zamani yang bakal membuat persembahan di Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan sehari-harian selepas itu.

“Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert, dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti,” ujarnya lagi.

Konsert yang dijadualkan dalam durasi 90 hingga ke 120 minit ini dibuat dalam versi unplugged dan akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain.

Antara yang bersama-sama dalam konsert ini ialah Fauziah latif, Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan istimewa oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.

Advertisement

Sumber: Gempak

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel