Connect with us

Terkini

Naik Angin ‘Order’ Sampai Lambat, Lelaki Ugut Nak Pecat Rider

Tular di media sosial ketika ini rakaman video memaparkan seorang lelaki yang dilihat mengamuk gara-gara makanan yang dihantar lambat sampai di tempatnya.

Video yang dimuat naik oleh rider tersebut kemudiannya menjadi bualan ramai dan kini meraih hampir dua juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas mengambil pesanan makanannya itu.

Menurut rider terbabit, lelaki itu telah memberikan lokasi yang salah semasa membuat pesanan menyebabkan dia terpaksa menunggu kira-kira sejam di situ.

Advertisement

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga kemudiannya mula memarahi rider tersebut semasa mengambil pesanannya dan siap mengugut mahu memecat rider terbabit.

Difahamkan, lelaki itu memberitahu dia bekerja di syarikat yang mempunyai kerjasama dengan Grab dan mendakwa mampu membuatkan rider tersebut hilang pekerjaannya.

“Dia bagi salah location dengan grabfood. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke…”

Tidak gentar dengan ugutan yang diberikan, rider tersebut kemudian mencabar lelaki itu untuk melakukannya kerana tahu dia berada di pihak yang benar.

Malah lelaki itu sendiri yang melambatkan proses penghantaran tersebut dengan memberikan lokasi yang salah semasa membuat pesanan.

Advertisement

“Dia sampai-sampai je dia marah aku depan orang ramai dia ingat aku takde hati ke apa. Lepas tu dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kerja pulak tu.”

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa bengang melihat tindakan biadap yang diberikan lelaki itu.

Dalam masa yang sama, ada yang meminta rider tersebut untuk membuat laporan kerana telah menerima ugutan dari lelaki itu dan mengancam pekerjaannya.

“Dia kena buang kerja lepas tu dia pulak jadi rider grab.”

“Silap-silap dia yang hilang kerja.”

Advertisement

“Ni boleh jadi kes sebab ugut pastu salah guna kuasa…”

“Partner dengan grab tapi salah pin macam apa tah.”

@malaysianupdatenews Naik Angin ‘Order’ Sampai Lambat, Lelaki Ugut Nak Pecat Rider. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel