Connect with us

Terkini

Papan Tanda Viral Di Lebuhraya SUKE Ditanggalkan Selepas Dikritik Terlalu Kecil

Tular di media sosial baru-baru ini papan tanda dikatakan terlalu kecil. Sehubungan itu Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengambil langkah drastik dengan menanggalkan papan tanda di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) itu.

Prolintas juga memaklumkan bahawa papan tanda yang dipasang di sepanjang lebuhraya itu mengikut piawaian dan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Walau bagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta-merta agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan.

Tambah pihak mereka lagi, bahagian operasi Lebuhraya SUKE akan terus berusaha keras untuk menambah baik perkhidmatan mereka dan difahamkan papan tanda tambahan yang baharu dijangka siap dalam masa terdekat.

Advertisement

Mereka turut menegaskan bahawa struktur pembinaan lebuhraya yang baru beroperasi pada 16 September lalu adalah selamat dan telah menerima kelulusan yang sepatutnya sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa lebuhraya tersebut tak selamat digunakan.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel