Connect with us

Terkini

Seorang anggota polis maut, tiga lagi cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

PATTANI: Seorang anggota polis maut manakala tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom berdekatan sebuah hospital di Mai Kaen di Pattani.

Ketua Polis Mai Kaen, Kol Pol. Torlap Lengha berkata dalam insiden pada 7.40 malam (waktu tempatan) pada Selasa, sepasukan polis yang menaiki pikup dan motosikal, membuat rondaan di depan Hospital Mai Kaen.

“Sebutir bom buatan sendiri yang dipasang pada sebuah tong sampah di tepi jalan di depan Hospital Mai Kaen, dipercayai diaktifkan dengan walkie-talkie.

“Letupan yang kuat menyebabkan seorang anggota polis yang menuggang motosikal maut manakala tiga yang lain cedera,” katanya pada sidang media selepas meninjau tempat kejadian hari ini.

Advertisement

Beliau berkata semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Torlap berkata letupan yang kuat menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa musnah terbakar.

Selain itu, beliau berkata sebuah sekolah, dua gerai berhampiran tempat kejadian, turut mengalami kerosakan.

BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel