Connect with us

Jenayah

Warga Bangladesh Didakwa Hasilkan Dan Miliki Lebih 700 Bahan Pornografi Kanak-Kanak

SEREMBAN, 22 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga Bangladesh, yang merupakan pelajar perubatan sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak

Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Dia berdepan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu perbuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mengikut Seksyen 10 akta sama iaitu memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB serta cakera keras dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Advertisement

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 Okt 2021 hingga 19 Sept lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria memohon mahkamah supaya tidak membenarkan Zobaidul diikat jamin atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Beliau berkata sekiranya jaminan diberikan, tertuduh dikhuatiri meneruskan aktiviti mengarah atau menghasilkan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa secara dalam talian.

Peguam Harvindar Singh pula memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin atas alasan kesalahan di bawah akta itu boleh diberikan jaminan.

Surita kemudian membenarkan Zobaidul diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Advertisement

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 30 Nov sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel