Connect with us

Mahkamah

3 saksi utama pendakwaan dalam kes VLN Zahid tidak boleh dipercayai: Hakim

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah tidak boleh dipercayai.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika membacakan penghakiman lebih dua jam, berkata tiga saksi utama itu ialah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan ke-15, 16 dan 17.

“Saya dapati tiga saksi utama yang dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.

Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z’ dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) menerima wang atau suapan itu.

Advertisement

“Saya juga mendapati walaupun ada cadangan bahawa tertuduh telah menerima sumbangan politik berjumlah RM200,000 sebanyak dua kali, namun tiada bukti yang mencukupi mengenai butir-butir di hadapan mahkamah untuk saya mengemukakan sebarang pertuduhan pindaan,” katanya.

Berita lanjut akan menyusul. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel