Connect with us

Global

Bekas ‘First Lady’ dipenjara 14 tahun, seleweng RM56 juta dana kanak-kanak miskin untuk bayar kad kredit, bina rumah

Isteri kepada bekas presiden Honduras dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun selepas mahkamah mendapati wanita itu menipu dan menyeleweng dana untuk kanak-kanak miskin.

Rosa Bonilla didakwa menyalahgunakan dana USD12.2 juta (RM56 juta) bagi membantu kanak-kanak miskin, untuk membayar kad kredit, yuran persekolahan anak-anaknya dan pembinaan hartanah.

“Bekas wanita pertama, Rosa Elena Bonilla dihukum penjara 14 tahun sebulan atas jenayah penipuan dan menyeleweng dana awam untuk program sosial,” kata jurucakap Mahkamah Agung, Carlos Silva.

Bagaimanapun peguamnya, Juan Berganza berkata, mereka akan membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Advertisement

Difahamkan, Rosa dalam perbicaraan sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama 58 tahun. Tetapi, hukuman itu dibatalkan Mahkamah Agung pada 2020 selepas mendapati alasan hukuman yang diberi itu tidak konsisten.

Kes itu kemudian diarahkan dibicara semula di mahkamah rendah yang kemudian mendapati Rosa bersalah pada Mac lalu.

Porfirio Lobo dilantik sebagai Presiden Honduras selepas rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan pimpinan Manuel Zelaya pada 2009 dan berkhidmat sehingga 2014.

Seorang anak lelaki pasangan itu, Fabio Lobo, dihukum penjara 24 tahun oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat pada 2017 kerana berkonspirasi menyeludup kokain.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel