Connect with us

Hiburan

Komposer & Pelakon Terkenal, Bob Lokman Meninggal Dunia

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dilaporkan telah meninggal dunia.

Perkara tersebut disahkan menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi kumpulan Nasyid terkenal Malaysia Inteam sebentar tadi.

“Telah kembali ke Rahmatullah Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

“Semoga Allah merahmati Roh Almarhum Abg Bob Lokman,” tulis perkongsian itu.

Advertisement

Penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan rock terkemuka, Search, itu menghembuskan nafas terakhir di usia 58 tahun.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Sebelum ini, Bok Lokman pernah memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja kerana bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung.

Allahyarham dilahirkan pada 1964 di Kubang Kerian, turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara sejak 1988. Antara filem dan drama lakonannya adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my dan Tentang Bulan Series.

Beliau membintangi filem pertama, Yes Tuan pada 1996, disusuli Iskandar (2003), Jin Notti, Santau (2009), Zoo, Mantra (2010) dan Sekali Lagi (2011).

Advertisement

Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat serta pernah menghasilkan lirik lagu popular, Isabella nyanyian kumpulan Search.

Sumber: Inteam, Utusan

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel