Connect with us

Jenayah

Lelaki gila pornografi kanak-kanak rupa-rupanya adalah bakal doktor

SEREMBAN – Perbuatan jijik seorang bakal doktor yang menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Lelaki Bangladesh, Zobaidul Amin, 24, yang merupakan pelajar sebuah universiti swasta bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Zobaidul membuat pe­ngakuan itu selepas pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Zobaidul didakwa dengan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pronografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat.

Advertisement

Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.
Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 ­Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Zahida berkata, sekiranya ikat jamin diberikan, dibimbangi tertuduh akan meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa kanak-kanak secara online.

Advertisement

Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Harvindar Singh pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya itu kerana kesalahan dilakukan boleh diberikan ikat jamin.

Mahkamah kemudian mene­tapkan jaminan diberikan kepada tertuduh sebanyak RM96,000 selain mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain. Dia kemudian dibawa ke Penjara Seremban selepas gagal membayar wang ikat jamin.

Kes disebut semula pada 30 November depan.

Terdahulu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenya­taan memaklumkan, polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Seremban pada Isnin lalu kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Katanya, dalam serbuan itu polis telah menemui sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek.

Advertisement

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan meme­rangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada ­mangsa yang terdiri dari kanak-kanak luar negara.

Penahanan suspek yang me­nuntut di sebuah pusat pengajian tinggi itu merupakan hasil kerjasama polis dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat.

Sumber: Kosmo! Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel