Connect with us

Terkini

Wanita warga emas maut dipijak gajah liar di Tawau

TAWAU: Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Advertisement

Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan…gajah ini lain, ia tidak memakai kolar,“ katanya lagi. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel