Connect with us

Kemalangan

Ajal penunggang motosikal selepas terjatuh dalam lubang

Seorang penunggang maut selepas terjatuh ke dalam lubang laluan bawah motosikal dekat Jalan Lapangan Terbang Subang, susur ke Saujana Resort, pukul 3.10 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 telah terbabas sebelum melanggar batu penghadang di tepi jalan.

Beliau berkata, akibat itu, mangsa berusia 22 tahun terjatuh ke dalam lubang di mana tempat laluan bawah motosikal yang tidak lagi digunakan.

Baca artikel berkaitan : Penghantar makanan maut dalam kemalangan 5 kenderaan

Advertisement

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel