Connect with us

Global

Ditemui Berduaan Dalam Khemah Saat Hujan, Remaja Lelaki Maut, Rakan Wanita Pengsan Akibat Disambar Petir

Seorang remaja lelaki maut disambar petir ketika berkhemah di salah sebuah kawasan Bukit Waruwangi, Kabupaten Serang Indonesia pada jam 11.30 pagi (waktu tempatan).

Difahamkan, mangsa tiba di tapak perkhemahan tersebut sekitar jam 10.40 pagi (waktu tempatan) dan seterusnya telah mendirikan sebuah khemah yang telah mereka sewa dan disediakan di kawasan tersebut.

Menurut Ketua Polis Cilegon, Sigit Dermawan berkata, sekitar jam 11.00 pagi mangsa bersama rakan wanitanya telah menyewa sebuah khemah berukuran 2×2 kemudian setelah mereka selesai mendirikan khemas saksi ada terdengar bunyi dentuman petir di sekitar tapak perkhemahan mereka.

“Kemudian, pemilik khemah tersebut pun bertindak menghampiri ke arah khemah yang telah didirikan oleh mangsa dan mendapati ia telah terkoyak dan rosak.

Advertisement

“Saksi juga mendapati dua remaja yang berada dalam khemah tersebut tidak sedarkan diri dalam keadaan telentang,” jelasnya, lapor Detik.

Memetik laporan akhbar berita Detik, seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dan seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Setelah itu, mangsa yang tidak sedarkan dibawa ke Pusat Kesihatan Padarincang kerana berada dalam keadaan terkejut menggunakan sebuah kenderaan milik pihak polis di sana.

“Manakala mangsa yang dilaporkan meninggal dunia masih menunggu pihak keluarga dan sebuah ambulans di tempat kejadian untuk dibawa pulang,” jelasnya lagi.

Sumber: Detik, Baten News/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel