Connect with us

Kemalangan

Kanak-Kanak Lelaki Maut Kemalangan Libatkan Dua Kenderaan

JASIN, 24 Sept (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, melibatkan kereta Produa Alza yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Kesang menghala ke Durian Tunggal, manakala pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Durian Tunggal ke Jasin.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun, telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu ayah kanak-kanak lelaki terbabit.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa, Afif Daiyan Shamsuri yang berada di tempat duduk belakang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Advertisement

Mengulas lanjut Mispani berkata pemandu dan anak perempuannya berumur 11 tahun yang turut berada di tempat duduk belakang, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Katanya isteri mangsa yang berada di tempat penumpang hadapan, mengalami kecederaan ringan manakala pemandu pacuan empat roda itu mengalami kecederaan di bahagian dada.

“Mayat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat, manakala kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel