Connect with us

Jenayah

Lelaki larikan sekotak tepung gandum diberkas

PASIR GUDANG: Seorang lelaki tempatan yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta dan melarikan sekotak tepung gandum dari kenderaan tersebut, berjaya diberkas di Taman Kota Masai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian itu yang berlaku pada kira-kira 1.15 pagi, disedari oleh jiran mangsa menyebabkan lelaki berusia 31 tahun terbabit cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama jirannya itu telah mengejar individu tersebut dan berjaya memberkasnya di sekitar Jalan Pulasan di kawasan taman berkenaan.

“Mangsa kemudiaannya menghubungi dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis bersama peralatan mencuri iaitu sebatang spanar boleh laras selain sekotak tepung gandum milik mangsa,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427/379 Kanun Keseksaan. -Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel