Connect with us

Terkini

Ugut Nak Kacau Rider Grab, Lelaki Ini Akhirnya Dikenakan Tindakan Displin

Baru-baru tular di media sosial rakaman video seorang lelaki yang mengugut rider yang menghantarkan pesanan makanannya. Difahamkan, semuanya gara-gara makanan yang dihantarkan itu tiba lewat menyebabkan dia naik berang dengan tindakan rider tersebut.

Namun menurut rider itu, lelaki tersebut telah memberikan alamat lokasi yang salah semasa mengisi maklumat untuk memesan makanan itu. Kesilapan dari lelaki itu juga menjadi punca rider tersebut terpaksa menghabiskan kira-kira sejam untuk mencari lokasi yang betul.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga turut memarahi rider itu dan siap mengugut akan membuatkan rider itu dipecat dari pekerjaannya. Dia juga turut mendakwa dia bekerja di syarikat yang mempunyai kerjasama dengan Grab dan boleh menyebabkan rider tersebut hilang punca pendapatannya itu.

Susulan isu yang tular di media sosial ini, rata-rata netizen berharap tindakan akan dikenakan kepada lelaki itu yang telah memberikan ugutan tersebut selain cubaan menyalahgunakan kuasanya. Terpalit dengan isu ini, Malaysia University of Science & Technology (MUST) yang merupakan majikan lelaki itu menyangkal dakwaan dikeluarkan oleh pekerjanya ini.

Advertisement

“Kami percaya tidak seharusnya mana-mana pihak mengambil tindakan dalam mengugut atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa…”

Menurut MUST, pihak mereka sendiri berasa kecewa dengan kejadian memalukan itu dan meminta maaf kepada semua pihak. Mereka juga turut menekankan tidak mempunyai sebarang perjanjian kerjasama dengan syarikat penghantaran itu seperti yang didakwa oleh lelaki tersebut.

Pihaknya percaya kenyataan yang dikeluarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya pelaku dan tidak mewakili pihak universiti. Difahamkan, individu itu juga telah dikenakan tindakan displin susulan isu yang menjadi bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari ini.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel