Connect with us

Jenayah

Wanita Warga Emas Ditemukan Maut Dengan Kesan Kecederaan

SEREMBAN, 24 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 70-an itu pada 8.25 malam.

“Siasatan mendapati beberapa barang peribadi milik wanita itu telah tiada dan mayatnya dihantar Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata susulan itu, polis meminta seorang lelaki, Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan tampil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kejadian kepada Pegawai Penyiasat ASP Fauzan Azima Razak di talian 06-6033 222 dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel