Connect with us

Global

Batal tempahan saat akhir, ‘Akak Rider’ sekolahkan pelanggan

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penghantar makanan secara online menyindir pelanggannya kerana membatalkan pesanan pada saat akhir, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri. Pelanggan itu dikatakan membatalkan pesanan makanan kerana ingin menukar restoran.

Wanita yang menjadi penghantar makanan itu tidak dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut ketika mendapatkan makanan yang dipesan di restoran.

Dia hanya mengetahuinya ketika dalam perjalanan ke lokasi pelanggan tersebut.

Advertisement

Wanita itu menyindir pelanggan tersebut secara halus dan bijaksana. Dia dengan rela hati membayar makanan itu dan membawanya pulang.

“Tidak mengapa kalau diminta batal. Makanan ini saya bawa pulang, semoga dimurahkan rezeki. Terima kasih sudah tempah dan terus dibatalkan,” katanya.

Dia berharap kejadian itu tidak berulang kepada mana-mana penghantar makanan lain.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau tiada duit, jangan pesan makanan. Kesian pemandu kerana harga minyak naik,” kata seorang netizen. – AGENSI

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel