Connect with us

Jenayah

Lapan bekas pekerja stesen minyak berdepan 45 pertuduhan salah guna kad inden PDRM

CHUKAI: Lapan bekas pembantu pam sebuah stesen minyak di daerah Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 45 pertuduhan menyalahgunakan kad inden milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima tahun lepas.

Kad inden ialah kad elektronik yang digunakan untuk membuat transaksi bekalan bahan api kenderaan bagi ambulans, kereta jenazah, kereta peronda polis dan seumpamanya.

Mohamad Amirul Izzat Mohamad, Md Nazrul Khusairi Mohamad Ros, Muhamad Ikhwan Ruslan, Muhamad Aidil Mohd Kamal, Muhamad Khairi Fakhri Abd Karim, Khairul Fadhli Bahar, Abdullah Hassani Basri dan Iskandar Zulkarnain Adenan, yang berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mereka didakwa menggunakan kad inden yang bernilai di antara RM50 hingga RM830.05 0.05) itu pada Oktober hingga Disember 2017 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Tengku Eliana membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM5,500 hingga RM30,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurul Farhana Shamsudin.-Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel