Connect with us

Politik

PM kali ketiga: Dr M sedia jadi PM jika tiada pilihan lain

Dr Mahathir Mohamad berkata dia sanggup menyandang jawatan perdana menteri buat kali ketiga jika didesak berbuat demikian dan tiada pilihan lain.

Bagaimanapun, Mahathir berkata dia tidak mahu menjadi perdana menteri untuk penggal penuh tetapi mungkin hanya satu tahun.

“Saya lebih suka berehat (dan) masih memainkan peranan sebagai penasihat tetapi jika orang terus mendesak saya, sukar untuk saya memikirkan diri sendiri sahaja.

“Jadi jika mereka terus mendesak saya sehingga tiada orang lain, saya akan terima (menjadi perdana menteri semula), tetapi tidak selama lima tahun lah. Mungkin satu tahun sahaja,” kata Mahathir semasa acara ‘Hard Talk with Dr Mahathir’ di Pusat Konvensyen Bangi hari ini.

Advertisement

Mahathir menjawab soalan moderator yang bertanya sama ada dia bersedia menjadi perdana menteri buat kali ketiga.

Mahathir adalah perdana menteri keempat Malaysia selama 22 tahun antara 1981 dan 2003, ketika menerajui gabungan BN.

Dia kemudiannya kembali sebagai perdana menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara 2018 dan 2020.

Mahathir hari ini berkata dia tidak mahu orang ramai menganggap dia menubuhkan Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) selepas meninggalkan Bersatu untuk melonjakkan dirinya semula ke jawatan perdana menteri.

“Saya hanya mahu memastikan dasar yang membantu orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang prihatin dan penyayang kepada rakyat, negara dan agama,” katanya.

Advertisement

Sumber: Malaysiakini

@malaysianupdatenews Jika tiada pilihan, Tun Mahathir bersedia kembali jadi Perdana Menteri kali ketiga. #malaysianupdate #NewsAtTikTok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel