Connect with us

Terkini

Rokok seludup bernilai RM1.9 juta dirampas di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya merampas rokok seludup bernilai RM1.9 juta yang dibawa dalam sebuah lori di lampu isyarat simpang empat, Jalan Sungai Rengit di Kota Tinggi, awal hari ini.

Dalam pemeriksaan jam 1.30 pagi itu oleh Unit Risikan Pasukan Simpinan Persekutuan (FRU) dan Unit Berkuda FRU Bukit Aman, sebanyak 223 kotak rokok putih dan kretek tanpa cukai Kastam ditemukan dalam lori jenis Hino dipandu oleh seorang lelaki berusia sekitar 40-an.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Hussin Zamora, berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 20-an yang bertindak sebagai tonto dan memandu kereta Toyota Vios tanpa sebarang muatan.

“Hasil pemeriksaan di dalam ruangan belakang lori telah menjumpai 131 kotak besar rokok putih jenama Zon King dan 92 kotak besar rokok kretek jenama L.A Bold yang disyaki tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati rokok berkenaan diseludup dari negara luar melalui jalan laut. – BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel