Connect with us

Hiburan

Sambut kepulangan Shuk Sahar dari Umrah, netizen puji Rossa

Rossa Sera meraih pujian ramai apabila menyambut kepulangan Shuk Sahar dari menunaikan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video Instagram yang memaparkan dia bersama dua orang anak mereka berada di KLIA untuk bertemu dengan bekas penyampai radio Hot FM itu.

Shuk dilihat memeluk dan mendukung dua anaknya selepas tidak bertemu hampir dua minggu.

Walaupun hati pernah terluka, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menarik perhatian netizen menerusi beberapa ayat yang disunting bersama video tersebut.

Advertisement

Rossa berkata dia berharap dapat bersama-sama menjadi ibu bapa terbaik demi menjaga dua anak mereka.

“Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.

“Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dapat ketenangan.

“Semoga Shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memujinya kerana masih berhubung baik dengan Shuk walaupun pernah melalui pelbagai peristiwa hitam.

Advertisement

Shuk dan Rossa mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel