Connect with us

Terkini

Punca putus cinta, gadis maut selepas terjun dari tingkat 6

Seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Blok F Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang juga pelajar kolej itu dipercayai mengalami masalah putus cinta yang mendorongnya untuk bertindak membunuh diri.

Difahamkan, mangsa tinggal di pangsapuri itu bersama dengan ibu dan tiga beradiknya.

“Mangsa disyaki telah naik ke tingkat enam pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni,” katanya.

Advertisement

Mayat mangsa kemudian ditemui oleh orang awam dalam keadaan yang masih berpakaian lengkap, tetapi cedera parah berikutan kepalanya pecah, kaki dan tangannya patah.

Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang untuk dibedah siasatan dan kes disiasat di bawah laporan mati mengejut.

Sumber: Kosmo Online

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel