Connect with us

Global

Rusuhan Penyokong Indonesia, Angka Kematian Terus Meningkat Cecah 127 Orang

Seramai 127 orang dilaporkan terbunuh manakala 180 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital dalam satu insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Solo, Indonesia, malam tadi.

Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Jawa Timur di Ibu Pejabat Polis (IPD) Malang, Inspektor Jeneral Nico Afinta berkata kejadian itu berlaku sewaktu perlawanan melibatkan Arema Football Club (FC) menentang Persebaya.

“127 orang meninggal dunia, termasuk dua pegawai polis,” katanya.Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku setelah penonton mula memasuki ruang padang dan bertindak mengejar pemain sewaktu mahu memasuki ruang ganti.

Tambah Nico, seramai 34 orang meninggal dunia ketika berada di dalam stadium sementara selebihnya disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital.

Advertisement

“Seramai 34 orang meninggal dunia di dalam stadium manakala lain-lain disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” jelas Nico.

Dalam perlawanan bola sepak di stadium tersebut, pasukan Arema FC yang merupakan tuan rumah tewas 2-3 kepada pasukan pelawat selepas pengadil meniupkan wisel penamat.

Menurut Kompas TV, angka kematian meningkat kepada 129 orang selepas dua mangsa lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Detik.com

@malaysianupdatenews Rusuhan di stadium bola, kematian kini cecah 127 orang. #malaysianupdate #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #global ♬ suara asli STORE – BOW

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel