Connect with us

Kemalangan

Terlepas susur keluar, Superbike dilanggar dari belakang gara-gara brek mengejut

Sebuah kereta jenis Nissan Almera terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.27 pagi Ahad, 2 Oktober 2022.

Berdasarkan video dashcam milik saksi kejadian, John Kiew, menunjukkan kejadian itu berlaku berhampiran susur keluar Exit 214, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, penunggang superbike berkenaan sedang konvoi bersama tujuh rakannya yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke arah Damansara atau Klang.

Lelaki itu yang berada di posisi ketujuh tertinggal di belakang lalu memecut laju di lorong kanan sebelum bertindak memotong kereta Almera.

Advertisement

Bagaimanapun, sebaik saja menyedari enam rakannya masuk ke Exit 214, dia menekan brek menyebabkan pemandu Almera tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu berlaku perlanggaran dan bahagian depan Almera terloncat-loncat beberapa kali seperti kereta Lowrider Hydraulic Car (Alaa.. kereta macam Snoop Dog punya tu).

Akibat kemalangan itu, kereta Almera mengalami kerosakan di bahagian depan, manakala motosikal itu pula rosak teruk di bahagian tayar belakang.

Kedua-dua mangsa kemalangan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Video kejadian itu turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Budaya konvoi yang menyusahkan semua pengguna jalan raya. Bukan dia seorang saja, ramai orang kita ni batak sangat nak berkonvoi, pastu nak bersaing atas jalan. Bila tersalah jalan, seboleh-bolehnya nak patah balik,” kata Hailme.

“Nasib baik tak ada kereta laju di belakang owner dashcam ni. Kalau tak, habis sapu semua sebab dia terpaksa slow atau brek kecemasan tengok kereta berjoget depan dia,” kata Pika.

Advertisement

“Dah terlepas exit la tu. Pergi brek kat lane kanan bat apa, benak betul lah menyusahkan orang lain,” kata Hilman.

“Nak potong pun agak-agaklah, selamat tuhan masih beri kau kesempatan untuk bernyawa, aku ingat duduk bawah kereta tadi,” kata Muhd Hasif.

“Ini kalau depan lori kau buat macam ini, memang dalam tanah dah jawabnya,” jelas Anep Kenep.

“Nasib kena dengan Almera, kalau SUV dah arwah rasanya dia, suka-suka hati break line paling kanan,” ujar Putera.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel