Connect with us

Global

33 Kanak-kanak Meninggal Dalam Tragedi Rusuhan Bola Indonesia, Paling Muda 4 Tahun

Seramai 33 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi rusuhan Kanjuruhan baru-baru ini sebaik sahaja perlawanan bola sepak Arema FC menentang Persebaya selesai, yang secara keseluruhan meragut sehingga 125 nyawa.

Timbalan Perlindungan Khas Kanak-Kanak di Kementerian PPPA, Nahar berkata, daripada 33 kanak-kanak yang maut tersebut, lapan daripadanya merupakan kanak-kanak perempuan dan berusia lingkungan 4 hingga 17 tahun.

“33 kanak-kanak meninggal itu terdiri daripada lapan perempuan dan 25 lelaki dan usia mereka berada dalam lingkungan empat hingga 17 tahun,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, punca yang menyebabkan kematian ratusan mangsa tragedi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Advertisement

Menurut khabar angin, kematian mereka dipercayai berpunca daripada gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pegawai keselamatan menyebabkan orang ramai berhimpit-himpit untuk keluar dari stadium kerana panik.

Faktor lain adalah mungkin disebabkan oleh penutupan pintu ketika penonton bersesak untuk keluar daripada stadium tersebut. Dalam pada itu, dakwaan ini masih lagi berada dalam siasatan bersama pasukan penyiasat khas (TGIPF) yang telah dibentuk oleh kerajaan.

Menurut laporan, seramai 125 orang telah maut dalam tragedi Kanjuruhan, namun ada kemungkinan jumlah mangsa akan bertambah kerana masih ramai lagi mangsa yang cedera parah dirawat di hospital.

Sumber: Kompas.com/SiakapKeli

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel