Connect with us

Kemalangan

Terjatuh Dari Kerusi Bayi Di Restoran, Kanak-Kanak Dua Tahun Dilapor Maut

JOHOR BAHRU — Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan maut setelah terjatuh dari kerusi bayi (Baby Chair) di sebuah restoran di sekitar Taman Sutera semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah dalam satu kenyataan berkata polis daerah Johor Bahru Utara telah menerima laporan berhubung kejadian itu oleh bapa mangsa sekitar jam 5.23 petang.

Tambah Fariz, mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan dan berusia dua tahun.

“Hasil siasatan mendapati, sekitar jam 2 petang bapa dan ibu mangsa membawanya ke restoran itu dan meletakkan mangsa di dalam kerusi bayi,” jelasnya.

Advertisement

Menurutnya, mangsa bertindak di luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kakinya hingga menyebabkan kerusi bayi yang didudukinya terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai.

“Kejadian tersebut menyebabkan mangsa menangis dengan kuat lalu pengsan. Perkara itu turut disaksikan oleh pekerja restoran tersebut” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, susulan kejadian itu, mangsa telah dibawa ke sebuah klinik swasta namun dinasihat oleh doktor untuk dihantar ke hospital berikutan keadaan yang kelihatan agak serius.

“Bapa mangsa telah membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan.

Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru hari ini.

Advertisement

Sehingga kini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu dan kertas siasatan Sudden Death Report (SDR) telah dibuka dan siasatan masih diteruskan.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel