Connect with us

Global

24 kanak-kanak antara 36 terbunuh ditembak bekas anggota polis

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 36 orang termasuk kanak-kanak terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand.

Menurut kenyataan Polis Thailand lelaki bersenjata berusia 34 tahun yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan, kemudiannya membunuh isteri dan anaknya sebelum menembak dirinya sendiri.

Dalam satu kenyataan, polis Thailand memaklumkan bahawa 24 kanak-kanak dan 12 dewasa terbunuh manakala 15 lagi cedera termasuk lapan kritikal dalam kejadian pada 1 tengah hari (waktu tempatan).

Lelaki bersenjata itu, bekas anggota polis telah diberhentikan atas kesalahan berkaitan dadah pada tahun lepas.

Advertisement

Tragedi itu berlaku kurang sebulan selepas dua anggota tentera terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di Kolej Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit, Bangkok pada 14 Sept.

Dalam kejadian itu, seorang sarjan mejar berusia 59 tahun menembak mati dua rakannya di kolej berkenaan.

Pada Februari 2020, seorang anggota tentera menembak mati 29 orang dan mencederakan 57 yang lain dalam kejadian amuk di empat lokasi di wilayah Nakhon Ratchasima. Anggota berusia 32 tahun itu ditembak mati oleh polis 17 jam kemudian.-Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel