Connect with us

Global

Tragedi pusat asuhan: Polis Thailand siasat insiden kru CNN buat pengambaran di lokasi kejadian

BANGKOK: Polis Thailand sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan kru CNN membuat penggambaran tanpa kebenaran di lokasi kejadian amuk di pusat asuhan kanak-kanak di Uthai Sawan.

Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Surachate Hakparn berkata kru itu, seorang warga Australia, 47, dan seorang warga Britain, 34, telah disoal siasat pada pagi Ahad.

“Polis Imigresen telah menarik balik visa (pelancong) mereka,“ katanya.

Beliau berkata mereka boleh disabitkan hukuman penjara lima tahun atau denda tidak lebih 10,000 baht atau kedua-duanya jika didapati bersalah “menceroboh tempat kejadian dan mengganggu bukti”.

Advertisement

Terdahulu, polis menyita pusat asuhan kanak-kanak itu untuk mengumpul bahan bukti.

Pada Sabtu, Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) mendakwa tindakan kru CNN itu sebagai tidak profesional dan melanggar etika kewartawanan dalam pelaporan jenayah.

“Apa pun alasan yang diberikan…pasukan CNN memasuki tempat kejadian tanpa kebenaran.

“…tiada organisasi berita lain samada asing atau tempatan sanggup melakukan tindakan yang tidak beretika ini,” menurut FCCT dalam satu kenyataan.

Menurut FCCT rakyat Thailand masih trauma dengan tragedi ini dan bimbang jika laporan yang disiarkan kelak tidak sesuai untuk didedahkan kepada umum.

Advertisement

“Menghormati waris mangsa adalah antara sebabnya,“ menurut kenyataan itu.

CNN International PR Foreign, dalam jawapan balas menerusi Twitter menjelaskan, kru CNN sedang membuat penggambaran di pusat jagaan kanak-kanak itu bersama media lain.

“Ketika penggambaran, tiga pegawai kesihatan awam yang keluar dari pusat berkenaan memberitahu mereka boleh membuat penggambaran di dalam pusat itu.

“Kru berkenaan membuat rakaman selama kira-kira 15 minit, sebelum beredar. Pada masa ini, talisan garisan polis telah dipasang semula dan kru terbabit terpaksa memanjat pagar untuk beredar,” menurut CNN.

Pada Khamis seorang anggota polis yang dipecat bertindak membunuh 36 orang termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua hingga empat tahun dan 12 dewasa termasuk isterinya di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu.

Advertisement

Lelaki berusia 34 tahun itu dilaporkan membunuh 23 kanak-kanak yang sedang tidur selepas mereka selesai menikmati makan tengah hari.

Pembunuh kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dan pulang ke rumah dan membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum bertindak membunuh diri.-Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel