Connect with us

Hiburan

Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia?

Penyanyi meningkat naik, Yasmin Aziz memuat naik satu video di TikTok mendakwa bapa kandungnya berkemungkinan seorang pedofilia.

Dalam hantaran tersebut, dia menceritakan perkara itu berlaku beberapa bulan lalu apabila dia menelefon bapa kandungnya namun panggilan dijawab oleh dua orang remaja perempuan.

Yasmin turut memberitahu kedua-dua remaja perempuan itu duduk bersama bapa kandungnya di dalam bilik hotel dan menerusi panggilan telefon, bapa kepada penyanyi itu hanya mengaku Yasmin sebagai seorang sahabat dari Malaysia.

Apabila bapa saya akhirnya mengangkat panggilan, terdapat dua remaja sedang melepak di dalam bilik hotelnya.” Kemudian remaja tersebut bertanya siapakah saya, bapa saya berkata ‘Oh, dia kawan saya dari Malaysia’. Saya menjawab ‘Tidak, saya anak awak. Sampai hati awak?”

Advertisement

Tambahnya lagi, remaja perempuan berkenaan juga mempunyai tatu dan bertindik penuh di muka.

Pada hujung video, Yasmin menerangkan bapa kandungnya tidak lagi menelefon atau menghantar sebarang pesanan selepas kejadian itu berlaku yang membuatkan dia terfikir sama ada bapanya seorang pedofilia.

Dia tidak lagi mesej saya, tiada panggilan, tiada mesej, tiada jawapan, tiada apa-apa. Ia membuatkan saya terfikir adakah bapa saya seorang pedofilia?”

Sekadar info, ibu dan bapa kandung kepada peserta Big Stage 2022 telah pun berpisah sejak dia berumur tiga tahun.

Sumber: beautifulnara

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel