Connect with us

Jenayah

Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak hingga mati dilanjut

JOHOR BAHRU: Tempoh reman terhadap seorang jurujual kenderaan dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia tiga tahun sehingga maut di Taman Skudai di sini pada 2 Okt lepas, disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Okt untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes masih dalam siasatan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, lelaki berusia 28 tahun dan wanita berumur 40 tahun itu direman tujuh hari hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

Dilaporkan bapa mangsa meminta bantuan daripada lelaki terbabit yang juga rakannya untuk menjaga dua anak mereka termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.-Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel